KEMAHIRAN BERFIKIR DAN LAIN-LAIN
KEMAHIRAN
Menurut Som dan Mohd Dahalan
(1998), alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan
minda dengan lebih sistematis dan berkesan.
Dengan menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan
menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami.
Pengurusan Grafik
Pengurusan grafik (PG) adalah satu
bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan
dengan tujuan untuk merancang,
mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea pemikiran yang
lebih sistematik, jelas dan berkesan.Pengurusan Grafik bukan sahaja dapat
membantu mengurus pemikiran mereka dengan berkesan, malah juga dapat memudahkan
mereka memahami sesuatu proses pemikiran itu dengan lebih baik. Antara contoh
pengurusan grafik
PETA MINDA
Menurut
Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk
atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari
sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang
kecil ini sebagai huraiannya. Peta minda
sesuai digunakan untuk membuat nota untuksatu-satu topik bagi suatu mata
pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya.
Peta
minda dapat dilukis dengan menggunakan tangan, sama ada sebagai ”nota kasar”.
Contohnya, ketika menghadiri kuliah atau mesyuarat, seseorang individu boleh
menggunakan teknik mengambila nota ini.
Peta minda juga dikenali sebagai “Swiss army knife for the brain”).
PEMETAAN I-THINK
iTHINK bermaksud ‘innovative thinking’
(Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang
kreatif, kritis dan inovatif. .Terdapat
8 jenis alat berfikir yang digunaka.Antaranya ialah peta buih, peta bulatan dan
peta ranting.
TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI
Secara umum, kita sering menggunakan soalan
berdasarkan aras kognitif Taksonomi Bloom (1956). Mengikut Taksonomi Bloom, aras kognitif ini
disusun mengikut hierarki daripada peringkat yang paling rendah hingga sehingga
ke peringkat yang paling tinggi mengikut aras kognitif pengetahuan, kefahaman,
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Dalam mengaplikasikan kosep kemahiran
belajar, setiap individu boleh mencipta atau bertanyakan soalan yang memerlukan
kemahiran berfikir aras tinggi. Antaranya ialah soalan bertumpu dan
bercapah,lingkaran soalan, soalan kritis dan soalan kreatif.
i)Penyoalan Sokratik
Kaedah sokratik diperkenalkan oleh Socrates iaitu
ahli falsafah Yunani sekitar tahun 470 - 300 S.M yang
terkenal dengan cara pemikirannya melalui pertanyaan
dan sentiasa memberikan hujah pada setiap jawapannya.
Konsep utama dalam pembelajaran Kaedah Sokratik
adalah guru mengutarakan pelbagai soalan kerana
melalui soalan tersebut, pelajar akan terdorong untuk
berfikir bagi menjawab soalan-soalan tersebut. Aspek
yang paling ditekankan dalam pembelajaran Kaedah
Sokratik ini adalah mendorong pelajar berfikir untuk
membina konstruk dalam mempelajari sesuatu. Apabila
pelajar kerap berfikir, secara tidak langsung akan
menjadikannya bersifat inkuiri atau dengan lebih jelas
lagi ialah sifat ingin tahu yang tinggi.
ii)Soalan Bertumpu dan mencapah
Penggunaan soalan dan penyoalan dalam konteks globalisasi pendidikan amat penting dan diakui secara rasionalnya memberi kesan kepada aspek penilaian pelajar khususnya kepada kesan perkembangan kognitif dan keintelektualan mereka. -Noor Rohana Mansor (2009:18)
Soalan dan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas, sebagai guru, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. -Mohd Nasrudin Basar dan Siti Halimah (2012:21)
iii)Lingkaran Soalan
Soalan jenis ini mula diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly(1983) dan telah diperkenalkan di Malaysia oleh William W.Wilen pada 1994
Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada 3 skop khusus iaitu Perkara(p),Individu(I) dan Luar Individu(LI),kombinasi 3 skop ini akan menjanakan lebih soalan yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir
Contoh Soalan
a) Perkara ( P )
- Mengapa durian digelar sebagai raja buah?
b) Individu ( I )
- Adakah kamu suka makan buah-buahan?
c) Luar Individu ( LI )
- Negara manakah yang mempunyai durian?
d) Perkara ( P ) + Individu ( I )
- Harga buah-buahan semakin mahal (P).
Apakah komen anda ( I ) ?
e) Individu ( I ) + Luar I ndividu ( LI )
- Pada pendapat anda ( I )
mengapakah kerajaan tidak menggalakkan
rakyatnya membeli buah durian dari negara
Thailand pada masa ini ( LI ) ?
Oleh:Adam Daniel
No comments:
Post a Comment